Read terlerai kasih by Rehan Makhtar Online

terlerai-kasih

ILHAM FITRI… Sekaliku menyatakan cinta, usahlah kau meraguinya lagi. Sekaliku janji padamu, cukuplah untuk selamanya. Namun, semakin meniti masa, cintamu kian ragu di mana luhurnya. Hinggakan kudus cinta itu sirna begitu saja. Takku tahu setulus mana kasih, tidakku pasti setelus mana cinta. Sanggupku tentang satu dunia demi cintamu dan apalah kiranya andai kau sendiri yangILHAM FITRI… Sekaliku menyatakan cinta, usahlah kau meraguinya lagi. Sekaliku janji padamu, cukuplah untuk selamanya. Namun, semakin meniti masa, cintamu kian ragu di mana luhurnya. Hinggakan kudus cinta itu sirna begitu saja. Takku tahu setulus mana kasih, tidakku pasti setelus mana cinta. Sanggupku tentang satu dunia demi cintamu dan apalah kiranya andai kau sendiri yang menentang. Andai jodoh itu bukan milik kita, aku akan berlalu dari hidupmu dan biarkanlah kasih yang terlerai itu tidak bercantum lagi. Sesungguhnya, andai Dia mengizinkanku, aku ingin menyintaimu selagi ada nafas di sebalik jasadku yang sudah hampir rebah. – Nur Wafiah.“Fiah takut ada pulak yang terjatuh cinta dekat Am. Menangis lagu dangdut la Fiah nanti,” gurauku agar dia tidak rasa bersalah.- Wafiah“Ala… biarlah dia orang nak terjatuh cinta ke, terjatuh tangga ke, Am peduli apa! Bukan Am yang terjatuh pun. Am terjatuh pada Nur Wafiah aje.” – Ilham FitriNUR WAFIAH… Kau cinta pandang pertamaku. Namun, makin meniti ketika, ukhuwah yang berlandaskan cinta itu seakan-akan palsu pula. Adakah kau yang berdusta atau akukah yang terlalu curiga? Andai kasih yang singgah hanya sebagai peneman resah, maafkanlah aku kerana telah menyentuh hati dan tulus kasihmu. Sehinggakan kesan air mata itu tak dapat kering lagi walaupun kisah pedih itu kian berlalu pergi. –Ilham Fitri“Akaun dengan cinta, sama ke?” tanyaku dengan kening yang sedikit terjongket.- Wafiah“Eh, mestilah. Sebab cinta ni adalah hasil tambah Ilham dan Wafiah!” ucapnya ceria. - Ilham FitriBenarkah cinta perlukan masa untuk mendalaminya? Adakah jangka waktu mengenali itu penting dalam hubungan mereka? Bila Ilham Fitri mengatakan tidak perlu, Nur Wafiah mengakuinya. Tika kasih tercipta, Ilham Fitri membantah hakikat itu pula. Nur Wafiah pasrah demi maruah hingga kasih itu terlerai jua pada akhirnya. Hati yang retak bisa bercantum, terlerai kasih mereka mungkinkah akan bersambung?...

Title : terlerai kasih
Author :
Rating :
ISBN : 16106760
Format Type : Paperback
Number of Pages : 858 Pages
Status : Available For Download
Last checked : 21 Minutes ago!

terlerai kasih Reviews

  • Hajar
    2018-09-30 09:49

    Hati yang retak bisa bercantum. Terlerai kasih kita mungkinkah akan bersambung?Agak lama juga saya ambil masa untuk menyudahkan pembacaan buku ini. Bukan apa, ambil masa nak neutralkan semula emosi yang berkecamuk masa baca buku ni. Hehe.Kisah cinta Nur Wafiah (Wafiah) dan Ilham Fitri (Ilham) ni banyak sangat ranjaunya. Tapi bukan sebab halangan orang ketiga ataupun halangan keluarga. Cuma salah faham dan masalah komunikasi ni yang buat kita pembaca ni rasa macam nak tolong clarify bagi pihak depa yang dok salah faham ni. :)Ilham jatuh cinta pandang pertama dengan Wafiah bila pertama kali datang berurusan di syarikat tempat Wafiah bekerja. Nak menawan hati Wafiah ni bukannya senang. Tahap nak cairkan ais kutub jugalah gayanya. Sebabnya Wafiah ni datang dari latar belakang keluarga yang ada sejarah pahit. Jadi, Wafiah memang pagar hatinya setinggi mungkin supaya tak mudah jatuh cinta setelah bekas teman lelakinya, Fazlee meninggalkan dirinya atas sebab sejarah silam keluarganya itu.Tapi Ilham bukanlah orangnya yang mudah berputus asa. Pertemuan demi pertemuan yang berlaku antara mereka berjaya membuatkan Ilham Fitri melembutkan hati seorang Nur Wafiah dan mereka akhirnya mengambil keputusan untuk berkahwin. Wafiah pada mulanya agak risau dengan penerimaan keluarga Ilham berjaya diyakinkan oleh Ilham yang keluarganya tidak memandang sejarah silam keluarga Wafiah itu.Bahagia yang dikecapi Wafiah bagaikan direntap sekelip mata bila Ilham bercadang untuk membatalkan perkahwinan mereka. Alasannya, dia rasa tertipu dan tak betul-betul mengenali Wafiah walhal pada awalnya Ilham dah menegaskan bahawa tempoh perkenalan bukanlah penting dalam hubungan mereka. Namun, mereka berkahwin juga dengan perjanjian untuk bercerai selepas majlis di rumah Wafiah. Selepas berkahwin, barulah Ilham ni nak buka mulut bertanya dan menyelesaikan permasalahan mereka. Salah faham yang berlaku hanya kerana Fatehah, setiausaha Ilham (yang juga tunang Fazlee) termakan kata-kata Zura (teman sekampung Wafiah) dan kemudian menyampaikan cerita buruk tentang Wafiah dan Fazlee kepada Ilham. Phew. Lega sekejap.Jangan sangka mereka sudah berbahagia bila permasalahan tu dah selesai. Lepas majlis menyambut menantu di rumah keluarga Ilham, badai datang melanda lagi dalam hubungan mereka. Akibat SMS berbaur fitnah yang dikirim oleh abang ipar Wafiah yang memang bertujuan untuk menghuru-harakan hubungan Wafiah dan Ilham, hubungan mereka berantakan sekali lagi. Terpaksalah Wafiah bersabar menangani kerenah dan tohmahan Ilham. Satu perangai buruk Ilham yang saya tak berkenan adalah, sifat nak memiliki tu. Tapi tak tahu nak menghargai. Haih.Sampai bila agaknya Wafiah mampu bertahan? Adakah ikatan kasih di antara mereka ni bakal terlerai disebabkan prasangka dan cemburu buta Ilham? Atau masihkan ada kemaafan untuk Ilham?Komen saya : Bagi yang nak membaca kisah ini, sila bersedia daripada segi mental dan emosi supaya tak hanyut dibawa oleh perasaan. Hehe. Oh, jangan lupa sediakan tisu atau pun tuala untuk menyapu air mata ya? Babak paling terkesan pada saya adalah waktu mak Wafiah meninggal dunia tu. Hmm, bagi yang pernah melalui, mungkin dapat rasa macam mana peritnya perasaan tu. Apa pun tahniah Rehan Makhtar untuk naskhah bercetak pertama ini. Looking forward untuk kisah Usop dan Jelita pula lepas ni. :)

  • Cik Pah
    2018-10-11 04:42

    Buat kali pertamanya, baca novel cinta Cik Pah doakan pasangan ni betul-betul terlerai kasih dan kasih tak bersambung walau menangis air mata darah sekali pun. Tak suka dengan watak heronya walaupun hensem , anak orang kaya dan cintanya konon menggunung tinggi. Sebabnya.....tbc kalo rajin dan kalo ada hati lagi nak sentuh kisah depa ni....

  • kuzzeen
    2018-10-23 08:41

    Naskah terbelah dua yang dipinjam di PPA. Betul! Hanya kulit luar senipis bawang yang masih mencantumkan badannya. Perolehan yg x sampai setahun dah nazak seperti itu, so bayangkan kalau ditambah setahun lagi. Vandalisme? Sort of!Menghabiskan naskah setebal 858 m/s ini seperti diseret ke dalam fail kes keganasan rumah tangga. Seperti menonton slot Soalnya Wanita (ala.. yang ada Fadzilah Kamsah mengomen di hujung tu)... Masih ingat lagi dengan Hati Yang Luka (NB) dengan pelaku utamanya si Raof dan Widad. Ini naskah ke-2 (untuk aku) yang mempunyai tema yang hampir sama. Dan cerita seperti ini memang jarang-jarang diteroka oleh penulis kita.Jujur, memang kepakaran Rehan Makhtar dalam menyelami pelaku utamanya (tentunya wanita). Ini naskah ke-2 (untuk aku) selepas SYKB. Jiwa dan rasa Wafiah diselak helaian demi helaian dengan penuh cermat dan teliti. Walaupun adakalanya pergerakan dari plot ke plot agak meleret dan berat dengan rasa dan jiwa Widad, tapi mungkin itu pendekatan penulis. Slow and steady. CUMA.... alangkah indahnya jika 3rd person POV digunakan. Jiwa memang sesak bila dihidangkan dengan masalah rumahtangga pasangan ini. Mungkin sekiranya watak Am juga diparaskan setara dengan Fiah, pembaca akan lebih terbuka dalam menerima plot yang dipentaskan. Memang akhirnya Am insaf atas segala khilafnya tapi titik keinsafan tersebut kurang terserlah. Sedar-sedar si suami memohon maaf atas kesalahannya biarpun pada pembaca (wanita terutamanya) jika diadu ke pihak berkuasa, confirm si suami dah disumbat ke dalam. Mampu diulang baca, tapi hanya memilih yang manis-manis sahaja :)

  • Nonieღserenity2bliss
    2018-10-19 08:43

    Announcement before review: N nak jual buku ni for RM15. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)Cerita ni sangat menarik walaupun the first few chapters agak membosankan. N tak sangka cerita ni serius sebab dua buku lain by RM yang pernah N baca boleh dikategorikan sebagai romantic comedy. Walaupun hero dalam cerita ni N rasa macam asshole dan susah nak dimaafkan, N berpuas hati with how the story ends. Ilham bukanlah watak hero yang sempurna. Jealousy is not an attractive trait in a person. Kalau cemburu sikit-sikit tu, boleh lar orang kata comel. Tapi kalau dah cemburu sampai pegi potong rambut isteri sesuka hati, then memang patut kena tendang terajang lah.Kalau nak baca buku ni, N syorkan jangan baca time tengah stress or time masa tak banyak. Sebab anda mungkin akan bertambah stress atau mungkin akan baca dalam keadaan tergesa-gesa. Bila nak dah start, bukan mudah nak stop baca buku ni. Ada saja masalah dorang ni. Tahniah buat Rehan Makhtar for another brilliant story!

  • Rynna
    2018-10-14 04:34

    habis sudah bace novel ni, best cite ni walaupun agak berat pada saye... hero dalam novel ni ego sangat, kuat curiga dan cemburu buta... sampai sanggup gunting rambut heroin sebab cemburu... sedih time emak heroin mati...

  • Plainqoma
    2018-10-09 07:22

    Sungguh bersemangat hendak menghabiskan pembacaan dalam masa dua hari sebelum habis cuti and finally habis juga 858 muka surat dikhatamkan. Cerita yang banyak melibatkan permainan emosi yang tidak dijangka akan berubah-ubah hingga membuatkan orang yang membaca pun rasa sakit hati, sedih, gembira dan kelakar pun ada. Jalan cerita yang agak cliche cerita novel melayu yang lain bila mana watak lelaki seorang yang handsome dan kaya raya dan watak perempuan seorang yang cantik dan menjadi idaman jejaka. Bab itu memang cliche. Tapi tentang bab watak lelaki yang ego, cemburu buta dan perangai tak dapat dijangka itu memang jarang dapat dibaca. Boleh kata penuh dengan warna warni kehidupan. Tapi sungguh bab kebetulan melampau bila semua adik beradik watak lelaki berkahwin dengan kawan baik watak perempuan. Mungkin sudah takdir tapi kebetulan tu memang macam tak boleh digest sangat. Dan suka sangat ayat ini dan nak share sikit. " Usah pedulikan orang. Benar, kita hidup bermasyarakat dan pandangan manusia itu penting. Tapi, pandangan Allah itu lagi penting dari segalanya. Utamakan pandangan Allah daripada pandangan manusia. Dia Maha Melihat, Maha Mengetahui. " Dan suka sangat bila Ilham Fitri membahasakan isterinya as " wahai permaisuri di hati suami. " Highly recommended.

  • Haq Raihah
    2018-09-30 02:34

    entah kenapa, novel2 yg aku baca akhir2 ni semuanya stok sedih2 :'(dan setakat ni, aku rasa TK yg plg sedih.dr awal cerita hingga ke akhirnya, memang berat betul dugaan yg terpaksa dihadapi Fiah. kalau aku yg ada di tempat Fiah tu, giler kut aku rasanya...for me, konflik cite ni sgt heavy.dgn keluarga Fiah lg bermasalah, abg ipar pulak kaki mengugut, n then dpt pulak suami yg cemburu buta+curiga x bertempat.mula2 aku pikir si Ilham tu ada masalah mental, sbb perangainya bg aku... memang krg kewarasan pun.sekejap mood ok, sekejap x ok.pastu org lain langsung x leh usik [email protected] dia.rela bertumbuk dgn adik sendiri sbb adik dia usik basikal dia masa zmn sekolah dulu. what the...?pastu masa dia jerkah Fiah dlm kereta sbb Fiah susah sgt nk jwb soalan dia, "Siapa org yg kau jatuh cinta pandang pertama tu?!"disbbkan Fiah susah sgt nk jwb soalan dia tu, sanggup dia pandu kereta tu mcm pelesit.bg aku, sikap Ilham tersgtlah krg normal. huh!Ilham ni... sikap dia memang sukar utk dijangka. dia memang kejam dgn Fiah, tp dia jd kejam tu sbb dia terlampau sygkan Fiah.niat baik, tp cara salah. memang x kena.scene dia gunting rambut Fiah tu... memang sgt2 kejam. sukar utk aku maafkan.betul lah Fiah kata, perkataan 'maaf' tu kalau kita selalu sgt ucap, takut takde nilai 'maaf' tu suatu hr nanti.memang betul pun. akhirnya padan muka Ilham tu bila at last Fiah jd susah dah nk maafkan dia.tp disbbkan Fiah tu baik, dia maafkan jugak. and then, happy ending! ;)

  • Anas Affandi
    2018-10-20 02:52

    satu lagi hasil karya yang menguatkan hipotesis sahabat saya bahawa wanita melayu semula jadinya memang suka disepak terajang. tebal naluri masochistik dalam diri melayu ini. sampai tak boleh nak beza di antara sifat sabar dan juga bacul? Orang-orang macam inikah yang terhegeh-hegeh nak jadi penulis zaman kini? Saya sarankan penulis balik semula ke sekolah dan dalami semula ilmu agama. Pelajari betul-betul apa itu hak dan tanggungjawab seorang isteri di dalam islam. jangan memperanak-haramkan (bastardize) hukum agama hanya kerana si penulis culas nak belajar dan hanya menulis kerana mahu mengejar keuntungan duniawi. Jangan berguru dengan google, bergurulah dengan guru yang sebetul-betulnya.

  • Amalia Masrom
    2018-09-30 07:32

    Satu je, Rasa nak lempang laju-laju muka Am sebab buat bini dia gitu.Stres!

  • Naira2975
    2018-10-10 02:52

    Book #41 - 2014Not bad. It's my slowest 800+ read. No, it's not a bad thing.just taking awhile to digest and hadam the book for me, bahasa rehan makhtar is a bit too complicated for me tapi memang ayat-ayat dia guna sungguh power. Im just a bit slow untuk menangkap.Kalau baca buku ni. Bersedia dengan watak si Ilham ni. Sebab most of the time, rasa nak tumbuk-tumbuk saja muka hensem dia ni. Kenapalah terlalu ego, kenapalah mudah percaya. Dah lah ego and mudah percaya cakap orang, mudah saja dia hendak minta maaf and go on as if apa yang dia cakap pada bini dia itu sesuatu yang you can just forgive and forget.hmph! Memang "hidup" lah watak sj ilham ni.Wafiah is i guess, sebabkan her history, ia mudah menyendiri. Suka selesaikan perkara sendiri-sendiri (not a bad thIng but dalam buku ni memang it's a bad thing lah) banyak yang suka ambil kesempatan arahnya ani. Sungguhpun ia disakiti, tapi hati dia baik :) heheI dont know why it's taking me awhile to read this book padahal ini dah diterbitkan, i dunno 2011??

  • Che Nisz
    2018-10-19 08:41

    Bismillah.One word - HAMBAR !Tak dapat dinafikan mmg hambar. Tp x dpt disangkal sbb ini adalah novel pertama Rehan Makhtar. Terlerai Kasih ni patutnya tak payah sambung dah. Biar terlerai terus. How come si Fiah ni boleh tahan dengan perangai suami macam Am ni. Ya Allah. Hambar !Am tu childish, panas baran, cemburu buta. Semua dia la. Tak matured langsung. Ei. Jealousy is not an attractive trait in a person kot ! Ada jugak ye perangai suami macam tu. Patutnya di tinggalkan terus. Story line yg hambar. Ending novel mmg selalu kena end up dgn hero ke? Why not ubah sikit. HAHAHAHAHA.C.Ungu memang tak boleh terima la watak si Ilham ni. Loozzer ! With double o and double z! Boo-hoo XP

  • Nur Adnin
    2018-10-07 02:51

    Saya suka gaya bahasa yg digunakan dlm novel ni,tapi saya xboleh nak tolerate dgn keganasan hero terhadap heroin yg merupakan isterinya,terlalu kejam bagi saya.seperti typical novel melayu yg lain,akhirnya,heroin(wafiah) maafkan suaminya(ilham).i wish this book can be like jodi picoult novel(novel picture perfect) in which the hero should go for counselling for physically and mentally abusing his wife. Tp,apapun,dari sudut lain,novel ni best,rehan makhtar mmg terbaik dlm menyentuh hati pembacanya.

  • Que Razali
    2018-10-11 04:46

    19Naskhah pertama Rehan Makhtar. Sudahlah bukunya berat, cerita pun maha berat. Tapi... Mampu membuatkan mata ini berjaya fokus pada setiap halaman.Bagaimana RM berjaya tipukan saya dengan watak Am yang mulanya dah baik lepas tu kembali dengan sikap cemburu buta dia. Memang jenis suami yang layak dipukul beramai-beramai. Macam naik roller coaster masa membaca naskhah ini.Apa-apa pun percubaan pertama RM saya kira sangatlah berjaya. Moga Rehan Makhtar terus menghasilkan karya bermutu.

  • Syahafiza Hizal
    2018-10-19 09:32

    novel pertama dari rehan maktar yg den baca.terus jatuh cinta dngn penulisannya.walaupun adengan sentap banyak dan ada kalanya rasa nk ketuk2 je kepala heronya...keseluruhan citer ini memang best...tahniah buat penulis.

  • Penchinta Novel
    2018-09-27 04:32

    Mula kenal RM di blog. Malah TK mulanya saya baca di blog. Sangat menyentuh hati. Saya selalu nantikan karya RM yang seterusnya.. Good luck..

  • Yazlina Saduri
    2018-10-12 04:29

    Wafiah ni bagi saya, susah nak describe, maybe not possible untuk describe in one or two words. Dia seorang yang cepat marah, rebellious, tak fikir banyak kali untuk mengeluarkan kata kesat kepada sesiapa saja yang mencemuh dia atau keluarganya... tapi bila hatinya diserahkan kepada si bakal suami, dia jadi macam antara lemah dengan kurang semangat. Saya setuju dengan pendapat Izwan tentang Wafiah setelah dia mula bercinta dengan Ilham. Wafiah dah jadi lain. Ilham pula memang tak dapat saya nak tahan, entah apa masaalah dia... mungkin over possessive dan jealous overload dan super low esteem plus very tak cool. Combination of these two characters, tak best la baca buku ni. Too bad sedangkan plot cerita dia sangat 'rich' dengan konflik, nasihat bermanfaat dan pengajaran. Tahap kesabaran emak dan kakak Wafi sangat tinggi, mereka kuga sentiasa redha dengan ketentuan dan nasib badan. Saya rasa tangan wanita dalam gambar cover tu 'buruk' la, for sure tak sesuai untuk gambarkan tangan Wafi.

  • Ooamif
    2018-10-09 06:48

    Novel rehan makhtar yang pertama dibaca membuatkan diriku terjebak dgn novel2 beliau. Suka watak fiah yang selalu ‘sindir’ ilham. Mnunjukkan fiah ni bukannya watak heroin yg terlampau baik , xlawan walaupun dikeji yg sllu ditunjukkan dlm tipikal novel melayu. Susah nak cari novel ni since karya seni xreprint dah but manage to grab dekat satu bookstore di selangor.

  • IntanMusa
    2018-10-17 06:23

    Sekali bertemu sahaja, hati telah tertawan. Setelah lama menyendiri, Nur Wafiah menyambut huluran kasih Ilham Fitri. Wafiah adalah seorang gadis yang selalu berkorban untuk orang sekelilingnya, terutama untuk ibu, kakaknya dan anak saudaranya. Cacian dan fitnah dari jiran kampung, abang iparnya dan rakan sekerja tidak diendahkan sehingga ia hampir menggugat hari pernikahannya. Wafiah dihina oleh Ilham. Dia terpaksa memujuk Ilham untuk meneruskan pernikahan mereka dengan syarat demi mempertahankan maruah ibunya. Setelah bernikah, barulah Ilham ketahui kebenarannya. Wafiah terima penjelasan Ilham, lalu maaf diberi. Ilham berjanji untuk lebih mempercayai. Tetapi bahagia hanya untuk sementara sahaja. Ilham cemburu lagi. Kali ini dengan adiknya sendiri, Izham. Wafiah dilayan dengan buruk walaupun dia berbadan dua. Bila ibu Wafiah meninggal dunia kerana terkejut akan fitnah yang ditabur oleh abang iparnya sendiri, Wafiah terus meninggalkan Ilham. Setelah empat bulan, barulah dia sedar bahawa masih ada rindu yang membara dan cinta yang tidak pernah lupus untuk Ilham. Ketika Wafiah mahu menjual keretanya untuk dapatkan duit untuk melepaskan abang iparnya dari penjara, barulah Ilham dapat tahu di mana Wafiah berada. Lalu dikejarnya Wafiah. Dipujuk hati yang lara dan Ilham berjanji tidak akan mengulangi lagi sikap cemburunya yang berlebihan. Mereka akhirnya hidup bahagia bersama.

  • nurazirahvu
    2018-10-06 08:31

    fuh ! lelah nk habiskn novel ni. byk konflik n jln cerita yg berat.bgi sesape yg stress jgn bca novel ni. novel ni okay dbca bila lapang dada spya dpt selami watak2 dlm novel nie.ILHAM FITRI, nma yg sgt cantik tpi perangai .. masyarakat \\o// tk tau mcm mna nak kta ..ska sgt buat kesimpulan sendiri. annoying ! panas baran plak tuNur Wafiah, mmg tabik sbb watak nie tabah tpi sometimes annoying jgak .. haila tak de org yg sempurna kan ..ending dia okay jgak .. ape pun mestilah happy ending kan ..

  • Suhailah Iskandar
    2018-10-02 02:40

    My first encounter with Rehan Makhtar. Mula buka buku ni rasa agak lembab. Bingit dengan perangai abusive abg ipar Wafiah, derita keluarga Wafiah.. Proceeding, I became glued to the book and macam mana Ilham Fitri cuba nak pikat Wafiah then tukar perangai abusive egoistic maniac. Geram you. Tapi ending dia epic. It's bittersweet. Tagline yang masih segar dalam otak aku ialah "Kenapa nak relaikan kasih jika tahu rindu yg tercipta itu menyeksakan.Good Job, Rehan Makhtar

  • Madam Lola
    2018-10-14 07:28

    dammm.... benci am.ml x suka dia.. ya.. mmg dia suka menakluki... eee... kejam pulak rasanya....ya.. betul.. dia dera mental wafiah.gerrrrr.... geram..geram... kesian wafiah.hemmm I like izham. walaupun wataknya x derlah menonjol Sgt.. tp ml suka dia. . yes.. confirm .... ml suka dia

  • W. N. Izzaty
    2018-10-12 04:25

    citer ni memang saya follow dari blog RM lagi...so, semangat je gi beli...novel yang sangat sedih...si ilham fitri yang sangatlah susah nak percaya kat isteri dia, akhirnya dia sendiri yang menyesal...mungkin karya ni tak sehebat adik adiknya yang lain, apa apapon, citer ni best

  • Blue Scarf
    2018-10-16 05:39

    Nur Wafiah & Ilham Fitri.

  • Rafidah Abu bakar
    2018-10-03 03:43

    Rasa marah dan geram kat Ilham Fitri!!

  • Nur Masturah
    2018-10-09 02:48

    konflik yang berat. mana ada pembaca suka heroin kena sepak terajang dera dengan hero? tapi ini antara novel tebal yang berjaya juga saya habiskan. syabas!

  • Wan Amalyn
    2018-10-20 05:45

    2 1/2**Gggrrrrrrr... saya terperangkap dalam kemelut hidup Wafiah!!!Apa yang boleh saya katakan Ilham Fitri tidak layak untuk Wafiah!...tbc (tunggu emosi saya reda dulu)

  • Faradina Azlin Azahar
    2018-09-27 06:29

    SUPERB!!!! Yg nie mmg sampe bengkak2 mata hah membaca... hehehe

  • azian2575
    2018-09-27 08:22

    Fiah & IlhamSegala yang terjadi tak pernah silap. Aturan takdir Allah adalah yang terbaik untuk semua hamba-Nya.